Images
  • thai mask dance gphi
    Penari tradisional Thailand memakai pelindung muka (Gambar: Mladen ANTONOV/AFP)

Menteri Thailand umum akan runding aturan khas bagi perjalanan dengan S'pura

SINGAPURA: Singapura dan Thailand akan membincangkan aturan khas bagi perjalanan udara antara kedua-dua negara tidak lama lagi.

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand berkata perbincangan dengan Kedutaan Singapura akan diadakan minggu ini.

Selain Singapura, Thailand mahu mencapai perjanjian bagi aturan khas sedemikian dengan Vietnam dan Laos di mana jumlah kes baru COVID-19 adalah rendah.

Thailand juga mahu menarik kedatangan para pelancong dari Timur Tengah kerana ramai penduduk di rantau itu sudah mendapat suntikan vaksin COVID-19.

Semua langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha Thailand untuk merancakkan semula sektor pelancongannya.

Pusat peranginan terkenalnya, Phuket, akan dibuka semula kepada para pelawat Julai ini.

Para pelawat yang sudah disuntik dengan vaksin COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin.

- Agensi berita/MU/tq

Top