Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Pertahanan Israel, Presiden Palestin bincang langkah bina keyakinan

Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz berkata beliau dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bersepakat tentang perlunya langkah-langkah membina kepercayaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pertahanan Israel, Presiden Palestin bincang langkah bina keyakinan

Masjid Al-Aqsa pada 18 Jul 2021. (Gambar: AHMAD GHARABLI/AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2021 10:09PM Dikemas Kini : 20 Jul 2021 10:18PM

BAITULMAKDIS: Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz berkata beliau dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas bersepakat tentang perlunya langkah-langkah membina kepercayaan.

Dalam kontak tertinggi yang pertama sejak pemerintahan baru Israel bulan mengambil alih lalu, Encik Ganz dan Presiden Abbas juga saling mengucapkan Aidiladha kepada satu sama lain.

Ia berlaku sedang penduduk Palestin dibenarkan mengerjakan solat Aidiladha di masjid ketiga paling suci dalam Islam, Al Aqsa.

Ini selepas Isnin lalu, Perdana Menteri baru Israel Naftali Bennett menjelaskan kedudukan Masjid Al Aqsa tidak berubah.

Ini berikutan tindakan lebih 1,600 pelampau Yahudi yang berarak di pekarangan masjid tersebut Ahad lalu.

Kejadian tersebut menyebabkan polis Israel melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan perarakan tersebut.

Di bawah perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak, para penganut Yahudi tidak dibenarkan menjalankan upacara keagamaan di masjid Al Aqsa.

Dan pencerobohan para penunjuk perasaan Yahudi itu mencabuli perjanjian tersebut.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan