Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Pertahanan ASEAN bertemu di Bangkok, sahkan kerjasama kemampanan keselamatan

Para Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) mengadakan mesyuarat sehari di Bangkok, Thailand hari ini (11 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Pertahanan ASEAN bertemu di Bangkok, sahkan kerjasama kemampanan keselamatan

Para menteri pertahanan di ADMM ke-13 (Gambar: MINDEF)

Diterbitkan : 11 Jul 2019 06:56PM Dikemas Kini : 11 Jul 2019 08:21PM

BANGKOK: Para Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) mengadakan mesyuarat sehari di Bangkok, Thailand hari ini (11 Jul).

Pertemuan kali ke-13 itu memberi keutamaan kepada usaha meningkatkan keamanan, keselamatan dan kerjasama di rantau itu.

Pada sebelah tengah hari tadi, satu perisytiharan bersama ditandatangani untuk mengukuhkan lagi kerjasama keselamatan di kalangan negara-negara anggota.

Selain itu, para menteri ASEAN juga meluluskan enam kenyataan bersama, salah satunya untuk meningkatkan lagi infrastruktur perhubungan ASEAN.

Ini demi memastikan mereka mempunyai perhubungan yang telus di kalangan 10 negara anggota.

Kenyataan bersama tersebut dianggap penting dalam menangani isu-isu seperti pengganasan, jenayah rentas sempadan serta pertikaian mengenai Laut China Selatan.

Beberapa perjanjian lain termasuk kerjasama dalam keselamatan siber, usaha bantuan bencana dan bantuan perubatan ketenteraan.

Pada sebelah pagi, para Menteri Pertahanan ASEAN menemui Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-ocha.

Encik Prayuth sebelum ini mendapat pengesahan rasmi daripada Raja Thai atas perlantikannya.

Dalam pertemuan itu, Encik Prayuth mengucapkan terima kasih kepada para menteri ASEAN atas sokongan mereka kepada Thailand.

Selain Singapura anggota-anggota ASEAN termasuk Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.  

Sumber : CNA/MM/RU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan