Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Perikanan Indonesia didesak henti letupkan bot asing

Di bawah arahan Cik Susi Pudjiastuti, Indonesia sudah memusnahkan ratusan kapal asing sejak 2014. Ini termasuk bot-bot dari China, Thailand dan Vietnam.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jan 2018 08:14PM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 12:42AM

INDONESIA: Pegawai kanan pemerintah dan perniagaan Indonesia mendesak Menteri Perikanan negara itu, Susi Pudjiastuti, supaya berhenti meletupkan bot-bot asing yang ditahan kerana menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia.

Ini kerana ia boleh menjejas hubungan diplomatik dan industri perikanan.

Di bawah arahan Cik Susi Pudjiastuti, Indonesia sudah memusnahkan ratusan kapal asing sejak 2014. Ini termasuk bot-bot dari China, Thailand dan Vietnam.

Langkah itu dilakukan untuk melindungi bekalan ikan dan mata pencarian nelayan tempatan Indonesia.

Namun Naib Presiden Jusuf Kalla berkata dasar itu boleh menjejas hubungan dengan negara lain.

Dewan Perniagaan Indonesia pula menyifatkan kegiatan haram itu sudah memusnahkan industri perikanan Indonesia, dengan eksport produk-produk ikan semakin merosot.

Cik Pudjiastuti yang juga mantan usahawan perikanan bagaimanapun mempertahankan dasar itu dalam video yang dimuatnaik ke YouTube.

Beliau berkata ia bukan dasar "trademark" olehnya tetapi termaktub dalam undang-undang.

Ini memandangkan Presiden Jokowi mahu pemerintahnya melaksanakan undang-undang perikanan supaya pencurian ikan besar-besaran di perairan Indonesia menemui huraian.

Industri perikanan mengalami kerugian hampir AS$15 juta (S$20 juta) setiap tahun ekoran kegiatan menangkap ikan secara haram. 

Sumber : Agensi berita/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan