Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Perdagangan Kanada gesa TPP dengan Asia Pasifik segera disahkan

Menteri Perdagangan Kanada Jim Carr pada Isnin (17 Sep) memberi isyarat bahawa pemerintah negara itu akan mengesahkan Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) dengan pantas di parlimen.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Perdagangan Kanada gesa TPP dengan Asia Pasifik segera disahkan

Menteri Perdagangan Kanada, Jim Carr. (Gambar: Chris Wattie/Reuters)

Diterbitkan : 18 Sep 2018 03:22PM Dikemas Kini : 18 Sep 2018 03:26PM

OTTAWA: Menteri Perdagangan Kanada Jim Carr pada Isnin (17 Sep) memberi isyarat bahawa pemerintah negara itu akan mengesahkan Kerjasama Rentas Pasifik (TPP) dengan pantas di parlimen kerana rundingan-rundingan perdagangan bebas Amerika Utara mencetuskan keprihatinan bahawa negara itu mungkin kehilangan akses kepada pasaran Amerika Syarikat.

"Pengesahan pantas TPP" bermakna "para petani, penternak, usahawan dan pekerja di merata negara boleh menembusi pasaran-pasaran baru," kata Encik Carr semasa berucap di parlimen.

Kerjasama Rentas Pasifik yang dimeterai pada bulan Mac tanpa Amerika Syarikat akan dikuatkuasakan dalam 60 hari selepas ia disahkan oleh sekurang-kurangnya enam daripada 11 negara yang menandatangani perjanjian tersebut - iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam.

Perkumpulan perdagangan itu mewakili 500 juta pengguna dan membentuk 13 peratus daripada hasil pengeluaran ekonomi dunia.

Bagi Kanada, pelaksanaan TPP "amat penting", kata Encik Carr, kerana ia dapat mengimbangi dasar perlindungan Amerika Syarikat di bawah Presiden Donald Trump, yang mengancam akan menyingkirkan Kanada daripada perjanjian perdagangan baru itu jika Ottawa tidak memenuhi permintaannya.

"Ini bukan sahaja perjanjian perdagangan baru bagi Kanada. Malah, ia merupakan satu mesej yang ingin kami sampaikan kepada seluruh dunia: perdagangan adalah penting, peraturan juga adalah penting dan kami tidak akan tunduk kepada dasar perlindungan," tegas Encik Carr. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan