Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Negara Ehwal Luar Arab Saudi kata putera mahkota tidak arah pembunuhan Khashoggi

Seorang pegawai kanan Arab Saudi pada Jumaat (8 Feb) menekankan pendirian kerajaan bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman tidak mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018. 

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Negara Ehwal Luar Arab Saudi kata putera mahkota tidak arah pembunuhan Khashoggi

Menteri Negara bagi Kementerian Ehwal Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir. (Gambar: Francois Lenoir/AFP)

Diterbitkan : 09 Feb 2019 08:34AM Dikemas Kini : 09 Feb 2019 08:39AM

WASHINGTON: Seorang pegawai kanan Arab Saudi pada Jumaat (8 Feb) menekankan pendirian kerajaan bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman tidak mengarahkan pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi pada 2018. Beliau bagaimanapun enggan mengulas secara khusus laporan akhbar yang menyatakan bahawa putera mahkota itu pada 2017, pernah berkata akan menggunakan "peluru" terhadap wartawan tersebut.

Pada Khamis, New York Times melaporkan bahawa setahun sebelum Encik Khashoggi dibunuh, putera mahkota itu memberitahu seorang pembantu bahawa beliau akan menggunakan "peluru" terhadap wartawan itu jika beliau tidak pulang ke Arab Saudi dan berhenti mengkritik kerajaannya.

Komen-komen tersebut dibuat pada 2017, awal sebelum Khashoggi dibunuh Oktober tahun lalu di konsulat Arab Saudi di Istanbul, menurut New York Times yang menukil para pegawai Amerika Syarikat dan asing sedia ada dan sebelumnya, tentang laporan-laporan risikan.

Apabila ditanya mengenai laporan itu, Menteri Negara bagi Kementerian Ehwal Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir memberitahu para wartawan: "Saya tidak boleh memberi komen berhubung laporan-laporan yang sumbernya tidak diketahui. Kami sudah melihat sebelum ini bahawa laporan-laporan berdasarkan sumber risikan tidak berjaya dibuktikan."

Ditanya sama ada beliau menafikan idea bahawa putera mahkota itu pernah mengungkapkan frasa tersebut dalam satu perbualan, Encik al-Jubeir menjawab: "Ini bukan tentang menafikan atau pun tidak. Kami tahu putera mahkota tidak mengarahkannya. Kami tahu ini adalah operasi jahat."

Secara berasingan pada Khamis, sebuah kumpulan diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyiasat pembunuhan Khashoggi menyatakan bahawa terdapat bukti bahawa jenayah kejam itu "dirancang dan dilakukan" oleh para pegawai Arab Saudi.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan