Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri M'sia Zuraida Kamaruddin bertegas beliau tidak pernah dakwa dirinya lulusan NUS

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin menafikan laporan beberapa media tempatan yang sebelum ini mengatakan beliau adalah graduan Universiti Nasional Singapura (NUS) seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri M'sia Zuraida Kamaruddin bertegas beliau tidak pernah dakwa dirinya lulusan NUS

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin. (Gambar: Zuraida Kamaruddin/ Facebook)

Diterbitkan : 10 Feb 2019 03:48PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 04:12PM

PETALING JAYA: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin menafikan laporan beberapa media tempatan yang sebelum ini mengatakan beliau adalah graduan Universiti Nasional Singapura (NUS) seperti yang didakwa oleh pelbagai pihak.

Cik Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang juga tidak pernah menyatakan malah mendakwa dirinya lulusan NUS serta tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana individu untuk berbuat sedemikian.

Dalam kenyataannya beliau berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap kemasukan maklumat tidak benar dalam Wikipedia yang mendakwa beliau adalah lulusan universiti tersebut.

"Saya tidak pernah menyatakan atau mendakwa diri sebagai graduan NUS dan juga tidak pernah memberi kebenaran mana-mana individu untuk berbuat begitu bagi pihak saya.

"Saya juga tidak betanggungjawab kepada apa-apa kemasukan maklumat yang tidak benar dalam Wikipedia yang mendakwa (demikian)," katanya dalam kenyataan.

Penjelasan itu dibuat setelah isu melibatkan ‘sijil palsu’ Timbalan Menteri Luar, Encik Marzuki Yahya heboh diperkatakan.

Encik Marzuki yang juga Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada awalnya dikatakan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Cambridge, England.

Beliau kemudian menjelaskan ijazah beliau adalah dari Universiti Antarabangsa Cambridge yang berpusat di Amerika Syarikat.

Menurut Malaysiakini, ketika Cik Zuraida mula dilantik sebagai menteri, infografik Bernama menyatakannya sebagai seorang graduan NUS. Infografik itu dikongsi ramai pengguna media sosial.

Bagaimanapun, menurut Malaysiakini, Cik Zuraida yang juga naib presiden PKR berkata bahawa Bernama tidak pernah mengesahkan maklumat itu dengannya.

Berhubung laman Wikipedia versi bahasa Inggeris dirinya, semakan Malaysiakini mendapati masukan yang mendakwa Zuraida "graduan Sains Sosial di salah satu institusi pengajian tinggi Singapura" dibuat oleh seorang pengguna 'anonymous' pada 14 Januari lalu.

Laman itu kemudian disunting lagi hari ini oleh pengguna bernama "pejuang Umno" yang menyebut Zuraida sebagai graduan Universiti Harvard. 

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan