Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Luar Asia, Eropah lawat Bangladesh, cari huraian krisis Rohingya

Para menteri luar empat negara dari Asia dan Eropah bertemu di Bangladesh bagi membincangkan krisis pelarian Rohingya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2017 06:58PM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 10:56PM

BANGLADESH: Para menteri luar empat negara dari Asia dan Eropah bertemu di Bangladesh bagi membincangkan krisis pelarian Rohingya.

Rundingan itu berkisar pada sokongan antarabangsa kepada Bangladesh yang terus bergelut dengan masalah pembanjiran pelarian Rohingya.

Sejak Ogos lalu, lebih 600,000 kaum Rohingya melarikan diri dari Rakhine, Myanmar ke Bangladesh. Mereka berlindung di kem-kem yang sesak di Cox's Bazar.

Para menteri dari China, Jepun, Jerman, Sweden dan Kesatuan Eropah dijangka melawat para pelarian yang terpaksa meninggalkan rumah-rumah mereka di Rakhine itu selepas tentera melancarkan operasi memerangi kumpulan militan.

Perdana Menteri Bangladesh menggesa masyarakat antarabangsa supaya membantu mencari huraian secara aman ke atas krisis pelarian tersebut.

Sementara itu agensi-agensi bantuan memberi amaran, pemerdagangan manusia sedang berlaku dengan meluas di kem-kem pelarian di Bangladesh.

Pertubuhan Antarabangsa mengenai Penghijrahan, (IMO) mengatakan, ramai pelarian Rohingya yang telah melarikan diri dari Rakhine, kini menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.

Menurut IMO, gadis-gadis terutamanya paling berisiko tinggi. Mereka dijanjikan pasangan hidup atau pekerjaan di bandar-bandar besar, tetapi akhirnya terjebak dalam pelacuran atau menjadi buruh paksa. 

Sumber : CNA/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan