Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Keselamatan Indonesia Wiranto cedera diserang lelaki bersenjata pisau

Ketua Menteri Keselamatan Indonesia, Wiranto cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau hari ini (10 Okt), kata polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Oct 2019 05:04PM Dikemas Kini : 10 Oct 2019 10:43PM

JAKARTA: Ketua Menteri Keselamatan Indonesia, Wiranto cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan pisau hari ini (10 Okt), kata polis.

Imej yang diberikan pihak polis dan disiarkan di stesen televisyen menunjukkan menteri tersebut sedang melangkah keluar dari sebuah kereta di Pandeglang, dekat wilayah Banten, sebelum diserang dan rebah ke tanah.

Menurut polis, penyerang didakwa "terdedah kepada radikalisme ISIS".

Gambar dari polis menunjukkan Encik Wiranto, seorang mantan jeneral, diusung ke hospital berdekatan.

Ketua Menteri Keselamatan Indonesia Wiranto diusung setelah ditikam pada 10 Okt 2019. (Gambar: Rafsanjani) /AP)

"Orang tidak dikenali menghampiri beliau dan menyerangnya. Ketua polis tempatan dan Pak Wiranto cedera," kata seorang jurucakap polis negara, Dedi Prasetyo, sambil menambah bahawa seorang lelaki serta seorang wanita sudahpun diberkas.

Para pegawai bergelut dengan suspek dan sekeping gambar dari polis menunjukkan suspek, yang berpakaian kemeja hitam dan seluar berwarna cerah, digari tangan dan kakinya.

Encik Wiranto, 72 tahun, berkhidmat selaku ketua menteri keselamatan dalam kabinet Presiden Joko Widodo sejak 2016.

Pelantikan beliau menarik kritikan daripada kumpulan-kumpulan hak asasi atas pelibatannya sebagai ketua angkatan bersenjata semasa pergolakan berdarah di Timor Timur, yang kini menjadi Timor Leste.

Encik Wiranto didakwa oleh panel Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas pertumpahan darah semasa undian kemerdekaan Timor Timur pada 1999 di mana kira-kira 1,000 orang terbunuh. Beliau menafikan sebarang salah laku. 

Sumber : Agensi berita/CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan