Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Keselamatan Indonesia ditikam: S'pura kutuk 'serangan pengganas tidak masuk akal'

Singapura menyatakan pada Khamis (10 Okt) bahawa pihaknya mengutuk "serangan pengganas yang tidak masuk akal" terhadap ketua menteri keselamatan Indonesia Wiranto, yang ditikam semasa lawatannya ke sebuah bandar di pulau Jawa.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Keselamatan Indonesia ditikam: S'pura kutuk 'serangan pengganas tidak masuk akal'

(Gambar: Sammy)

Diterbitkan : 11 Oct 2019 08:33AM Dikemas Kini : 11 Oct 2019 08:35AM

SINGAPURA: Singapura menyatakan pada Khamis (10 Okt) bahawa pihaknya mengutuk "serangan pengganas yang tidak masuk akal" terhadap ketua menteri keselamatan Indonesia Wiranto, yang ditikam semasa lawatannya ke sebuah bandar di pulau Jawa.

"Singapura mengutuk serangan pengganas yang tidak masuk akal terhadap Menteri Penyelaras Indonesia bagi Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan Wiranto di Banten, Indonesia hari ini," menurut Kementerian Ehwal Luar dalam satu kenyatatan media.

"Kami berharap Menteri Penyelaras Wiranto dan mereka lain yang cedera akan cepat pulih sepenuhnya," tambahnya.

Encik Wiranto, seorang mantan jeneral, baru sahaja melangkah keluar dari keretanya dan disambut oleh ketua polis bandar Pandeglang apabila seorang penyerang meluru ke arah mereka dan menikam menteri itu.

Para pegawai bergelut dengan penyerang itu dan mengikat tangannya ke belakang sementara yang lain membantu Encik Wiranto yang rebah.

Encik Wiranto 72 tahun - yang menurut polis ialah antara banyak sasaran pembunuhan yang gagal sebelum ini - dikejarkan ke hospital dengan menaiki helikopter ke Jakarta dan dirawat bagi dua kecederaan tikaman di perutnya di sana.

Ketua polis itu dan dua pembantunya juga mengalami kecederaan tikaman namun pihak berkuasa menyatakan mereka tidak mengalami kecederaan yang mengancam nyawa.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan