Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Israel selar pasukan Argentina kerana batal perlawanan

"Amat dikesali pasukan bola sepak Argentina yang selama ini dihormati tunduk kepada tekanan daripada para pembenci Israel," menurut catatan beliau di Twitter dalam respons pertama daripada seorang menteri kabinet Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Israel selar pasukan Argentina kerana batal perlawanan

Sebuah poster bantahan terhadap perlawanan persahabatan antara Israel dengan Argentina (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Jun 2018 06:32PM Dikemas Kini : 06 Jun 2018 06:34PM

BAITULMAKDIS: Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman menyelar pasukan bola sepak Argentina pada Rabu (6 Jun) kerana membatalkan perlawanan persahabatan dengan Israel di Baitulmakdis. Pembatalan tersebut disifatkannya sebagai menyerah diri kepada kebencian.

"Amat dikesali pasukan bola sepak Argentina yang selama ini dihormati tunduk kepada tekanan daripada para pembenci Israel," menurut catatan beliau di Twitter dalam respons pertama daripada seorang menteri kabinet Israel.

Kedutaan Israel di Argentina sebelum ini mengumumkan keputusan untuk "menggantung" perlawanan Sabtu ini atas "ugutan dan provokasi" terhadap Lionel Messi, pemain hebat Barcelona.

Perlawanan persahabatan sebelum Piala Dunia itu dijadual berlangsung di Baitulmakdis, namun dibantah oleh rakyat Palestin yang menuntut bahagian timur kota tersebut sebagai ibu kota mereka.

Israel pula menganggap seluruh kota itu sebagai ibu kotanya yang 'mutlak'.

Keputusan Argentina untuk membatalkan perlawanan itu dibuat sedang tentera Israel menggunakan kekerasan untuk melenturkan para penunjuk perasaan Palestin di Carikan Gaza.

Sejak 30 Mac, para penduduk Gaza sudah mengadakan bantahan di sempadan tersebut bagi menuntut pembebasan rakyat Palestin dan tanah yang dirampas semasa tercetusnya perang pada 1948.

Sekurang-kurangnya 125 rakyat Palestin mati ditembak tentera Israel sejak 30 Mac.

Menurut Encik Lieberman pada Rabu, matlamat utama penentang terhadap perlawanan di Baitulmakdis itu adalah bagi "mencabuli hak asasi kami untuk mempertahankan diri dan membawa kepada kemusnahan Israel".

Tambah beliau, "Kita tidak akan tunduk kepada kumpulan anti-Yahudi".

Sumber : AFP/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan