Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Indonesia Edhy Prabowo mohon maaf setelah diberkas atas kes rasuah

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK) secara rasmi menamakan menteri perikanan negara itu sebagai suspek penerima rasuah berkaitan eksport larva udang galah. Dia juga didakwa menggunakan wang itu untuk membeli-belah barangan mewah semasa lawatan ke Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Indonesia Edhy Prabowo mohon maaf setelah diberkas atas kes rasuah

Menteri Ehwal Maritim dan Perikanan Edhy Prabowo (Gambar: AP)

Diterbitkan : 26 Nov 2020 04:02PM Dikemas Kini : 26 Nov 2020 04:04PM

JAKARTA: Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia (KPK) secara rasmi menamakan menteri perikanan negara itu sebagai suspek penerima rasuah berkaitan eksport larva udang galah. Dia juga didakwa menggunakan wang itu untuk membeli-belah barangan mewah semasa lawatan ke Amerika Syarikat.

Menteri Ehwal Maritim dan Perikanan Edhy Prabowo diberkas sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta selepas melakukan lawatan kerja ke Amerika Syarikat, demikian menurut Naib Pengerusi KPK, Nurul Ghufron kepada Kompas TV.

Encik Prabowo meminta maaf sambil berkata: "Saya akan bertanggungjawab atas apa yang telah saya lakukan."

Dia kemudian dinamakan sebagai suspek bersama lima lagi pegawai dan seorang ahli perniagaan kerana didakwa mengambil rasuah untuk permit berkaitan eksport larva udang galah dan barangan lain tahun ini.

KPK menyatakan Prabowo dituduh menerima rasuah sekurang-kurangnya 3.4 bilion rupiah (S$323,200) dari beberapa syarikat menerusi dua pembantu peribadinya, yang juga dinamakan sebagai suspek pada bulan ini.

Seorang lagi timbalan pengerusi KPK, Nawawi Pamolango berkata dalam satu sidang media hanya sebelum waktu tengah malam bahawa Prabowo dan isterinya menggunakan sebahagian wang tersebut untuk membeli barangan berjenama termasuk seutas jam tangan Rolex dan beg jenama Louis Vuitton semasa lawatan mereka ke Amerika.

Prabowo pada awal tahun ini menarik balik larangan terhadap eksport larva udang galah yang dikuatkuasakan oleh menteri sebelum ini. Keputusan itu mencetus kritikan dari menteri sebelumnya dan para aktivis berhubung isu kemampanan.

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata beliau menghormati keputusan KPK untuk memberkas Prabowo.

"Saya percaya bahawa KPK bekerja dalam cara yang telus, terbuka dan profesional," kata Presiden Jokowi kepada wartawan. "Pemerintah sentiasa menyokong usaha membanteras rasuah."

Encik Prabowo boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun jika didapati bersalah. Ini boleh menjejas kewibawaan Presiden Jokowi dalam usaha membanteras rasuah. Dua anggota kabinet Presiden Jokowi sudah pun dipenjara bagi kes-kes rasuah.

Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan