Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Besar Johor Osman Sapian minta maaf, mengaku tiada ijazah

Selepas beberapa hari isu memiliki ijazah palsu viral di media sosial, Menteri Besar Johor, Osman Sapian, akhirnya mengeluarkan kenyataan hari ini (14 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Johor Osman Sapian minta maaf, mengaku tiada ijazah

Menteri Besar Johor Osman Sapian. (Gambar: Osman Sapian/Facebook)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 09:49PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 09:53PM

KULAI: Selepas beberapa hari isu memiliki ijazah palsu viral di media sosial, Menteri Besar Johor, Osman Sapian, akhirnya mengeluarkan kenyataan hari ini (14 Feb).

Encik Osman mengaku bahawa dirinya tidak menamatkan pengajian ketika menuntut di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) yang sebelum ini dikenali ramai sebagai Kolej Pertanian Malaya, lapor Berita Harian Malaysia.

“Untuk pengetahuan (anda), saya pernah mengikuti pengajian di Kolej Pertanian Malaya sebelum dinaik taraf kepada UPM, namun tidak menamatkan pengajian," kata Encik Osman kepada BH Online semasa ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS).

Pengerusi Pakatan Harapan Johor itu menambah, beliau tidak tahu bahawa butiran yang ada di wadah online mengatakan dirinya berkelulusan Diploma dan Ijazah Perakaunan dari UPM.

“Oleh itu, saya dengan penuh rasa rendah diri memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kekeliruan dan salah faham berhubung kelayakan akademik saya,” ujar Encik Osman.

Menyusuli kekeliruan itu, BH Online difahamkan Encik Osman sudah mengarahkan supaya semua 'khabar palsu' tentang kelayakan akademiknya di laman web rasmi dipadam secara serta-merta.

“Saya harap (isu ini) tidak perlu diperbesarkan lagi oleh mana-mana pihak,” katanya. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan