Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri Besar Johor alu-alukan rakyat S'pura manfaatkan GST 0%, 1 Jun

Menteri Besar Johor Osman Sapian hari ini (28 Mei) berkata bahawa beliau mengalu-alukan rakyat Sinigapura untuk membeli-belah di Malaysia pada 1 Jun ini iaitu hari di mana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus akan dimansuhkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri Besar Johor alu-alukan rakyat S'pura manfaatkan GST 0%, 1 Jun

Menteri Besar Johor Osman Sapian berkata bahawa beliau mengalu-alukan rakyat Sinigapura untuk membeli-belah di Malaysia pada 1 Jun ini. (Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 28 May 2018 02:45PM Dikemas Kini : 28 May 2018 07:48PM

KOTA ISKANDAR, JOHOR: Menteri Besar Johor Osman Sapian hari ini (28 Mei) berkata bahawa beliau mengalu-alukan rakyat Singapura untuk membeli-belah di Malaysia pada 1 Jun ini iaitu hari di mana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebanyak 6 peratus akan dimansuhkan.

"Apabila lebih ramai orang datang mengunjungi kami, sudah tentu kami mengalu-alukan mereka," kata Encik Osman yang dilantik sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya bersejarah awal bulan ini.

"Apa jua yang kami tawarkan kepada warga Johor, jika ia juga ditawarkan kepada rakyat Singapura, apa salahnya?" ujar Encik Osman.

"Ia akan membantu memacu ekonomi. Kami tidak ada sebarang bantahan. Kami terbuka kepadanya. Kami negara yang terbuka."

Anggota dewan Kempas itu yang turut menyandang portfolio lain termasuk hasil tanah, kewangan, perancangan dan pembangunan ekonomi, turut mendedahkan bahawa pusat beli-belah popular di Singapura, Mustafa Centre, melahirkan minat untuk membuka cawangan di Johor.

"Ia sebuah syarikat yang sangat berjaya. Ia berminat untuk ke Johor. Namun, buat masa ini, belum ada tempat sesuai bagi mereka membuka perniagaan," kata Encik Osman.

"Mereka ingin berbincang dengan saya untuk mencari tempat yang sesuai. Saya mungkin mahu membangunkan semula kawasan Pekan Rabu di Tampoi untuk tujuan ini."

"Ini hanya salah satu langkah awal yang kecil," tambah Encik Osman. "Mustafa adalah sebuah syarikat yang berjaya di Singapura dan ramai warga Malaysia gemar ke Singapura untuk berbelanja di sana. Jika ada Mustafa di Johor, ia akan mengurangkan kesesakan,"jelasnya lagi.

Kawasan Tampoi juga bakal menempatkan pusat beli-belah Capital 21 yang dijadualkan dibuka Ogos ini, dengan daya tarikan yang diuar-uarkan sebagai 'taman bertema tertutup terbesar di Asia Tenggara.'

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan