Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menteri agama M'sia ulas khabar angin sekatan terhadap sebilangan penceramah

Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat atau melarang beberapa penceramah agama untuk keluar di televisyen dan radio seperti yang tular dalam media sosial.

Anggaran Waktu Membaca:
Menteri agama M'sia ulas khabar angin sekatan terhadap sebilangan penceramah

Khabar angin M'sia larang beberapa penceramah agama termasuk Ustaz Kazim, Riduan Tee tampil di kaca TV tersebar baru-baru ini. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 15 Dec 2018 01:01PM Dikemas Kini : 15 Dec 2018 01:13PM

IPOH: Jabatan Perdana Menteri (JPM) tidak pernah mengeluarkan arahan menyekat atau melarang beberapa penceramah agama untuk keluar di televisyen dan radio seperti yang tular dalam media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof Rawa bagaimanapun menasihati supaya para penceramah agama mengikuti tiga teras yang diperjuangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sekiranya ingin ke udara.

“Penceramah yang mahu muncul di TV melalui program kita mestilah memahami tiga teras yang kita perjuangkan iaitu Rahmatan Lil Alamin, maqasid syariah dan modul Malaysia.

“Dalam apa juga yang mereka sampaikan selagi tidak bercanggah dengan tiga perkara ini maka kita mengalu-alukan, kita bukan nak sekat sesiapa hanya kerana kita tidak suka dia tapi lebih kepada kita hendak lihat content (isi),” jelas Dr Mujahid semasa ditemui pihak media di Konvensyen Nasional Amanah 2018 semalam (14 Dis).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut tentang khabar yang tular melalui wadah Whatsapp dan Facebook berhubung beberapa nama penceramah agama yang dilarang 'keluar' di televisyen dan radio. Antaranya termasuk Ustaz Ahmad Dusuki, Ustaz Kazim Elias, Ustaz Shamsul Debat, Ustaz Azhar Idrus dan Dr Redzuan Tee.

Beliau turut menegaskan agar perkara itu tidak ditularkan tanpa asas semata-mata untuk menimbulkan keraguan dan provokasi terhadap PH.

“Seperti saya katakan selagi tidak menggangu tiga teras itu, kita (JPM) tidak pernah ada mengeluarkan arahan mahupun sekarang ini kita rasa ada sesetengah ustaz yang tidak memberi pandangan yang baik tapi kita tidak pernah menyekat,” katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan