Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Menara jam dunia Big Ben London muncul semula selepas 3 tahun jalani baik pulih

Menara jam dunia Big Ben London akan diperlihatkan semula kepada orang ramai selepas hampir tiga tahun menjalani kerja-kerja baik pulih, umum pihak berkuasa di Parlimen pada Ahad (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Menara jam dunia Big Ben London muncul semula selepas 3 tahun jalani baik pulih

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 28 Sep 2020 06:15PM Dikemas Kini : 28 Sep 2020 06:20PM

LONDON: Menara jam dunia Big Ben London akan diperlihatkan semula kepada orang ramai selepas hampir tiga tahun menjalani kerja-kerja baik pulih, umum pihak berkuasa di Parlimen pada Ahad (27 Sep).

Jam yang dipasang di Menara Elizabeth itu menjalani proses baik pulih yang menelan kos jutaan dolar dan fasa kritikal untuk kerja-kerja pemuliharaan hampir selesai, lapor agensi berita Xinhua.

Dalam tempoh enam minggu akan datang, perancah akan diturunkan secara berperingkat.

Speaker Parlimen Lindsay Hoyle berkata: "Seperti orang lain, saya juga tidak sabar untuk melihat menara jam itu dibuka semula." 

Kerja-kerja baik pulih membabitkan kawasan luar dan dalam menara dengan sekumpulan pakar menghabiskan masa berminggu-minggu untuk memastikan perincian hiasan sesuai dengan reka bentuk asal yang dihasilkan pada 1859.

Menara Big Ben merupakan sebahagian Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan