Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Melbourne tarik balik perintah berkurung setelah catat sifar kes baru COVID-19

Bandar kedua terbesar Australia, Melbourne akan menamatkan perintah berkurung selepas empat bulan, menurut pihak berkuasa pada Isnin (26 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Melbourne tarik balik perintah berkurung setelah catat sifar kes baru COVID-19

Sekumpulan penduduk kelihatan berkelah di Melbourne, Australia pada 18 Okt 2020 ((Gambar: AFP/William West)

Diterbitkan : 26 Oct 2020 07:51PM Dikemas Kini : 26 Oct 2020 07:57PM

MELBOURNE: Bandar kedua terbesar Australia, Melbourne akan menamatkan perintah berkurung selepas empat bulan, menurut pihak berkuasa pada Isnin (26 Okt).

Ini setelah negeri Victoria tidak mencatatkan sebarang kes jangkitan atau kematian COVID-19 baru buat pertama kalinya dalam masa lebih empat bulan.

Mulai Rabu, lima juta penduduk Melbourne bebas untuk keluar rumah.

Kedai-kedai runcit, kafe, restoran dan bar akan dibenarkan beroperasi semula.

Namun terdapat had kepada jumlah pelanggan yang dibenarkan.

Perjalanan antara Melbourne dengan daerah-daerah lain di Victoria juga boleh disambung semula.

Penggunaan pelitup bagaimanapun masih dikuatkuasakan dan orang ramai digalak bekerja dari rumah.

Victoria, terutamanya Melbourne merupakan pusat penularan gelombang kedua jangkitan COVID-19 di Australia, membentuk lebih 90 peratus jumlah kematian. 

Sumber : Agensi berita/NF/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan