Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Melbourne diselubungi asap meskipun cuaca makin sejuk

 Kebakaran hutan di Australia mungkin berlarutan lebih lama meskipun cuaca semakin sejuk minggu ini, menurut pihak berkuasa di Victoria hari ini (14 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Melbourne diselubungi asap meskipun cuaca makin sejuk

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 01:23PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 01:26PM

SYDNEY: Kebakaran hutan di Australia mungkin berlarutan lebih lama meskipun cuaca semakin sejuk minggu ini, menurut pihak berkuasa di Victoria hari ini (14 Jan).

Melbourne masih diselimuti asap berbahaya dan sekurang-kurangnya 180 kebakaran terus membakar merentasi Victoria serta New South Wales (NSW) meskipun hujan diramalkan di kawasan tersebut.

Kira-kira 20 kebakaran belukar belum dapat ditangani di NSW, negeri yang didiami penduduk paling ramai di Australia manakala di Victoria, lima kebakaran diletak dalam kategori ‘Lihat dan Bertindak’, hanya satu paras di bawah kategori ‘kecemasan’.

Menteri Perkhidmatan Kecemasan dan Polis, Lisa Neville, berkata beliau berharap semuanya dapat diselesaikan, namun hakikatnya usaha menangani kebakaran itu masih jauh.

Ketua Pegawai Kesihatan Melbourne, Brett Sutton, berkata bandar kedua terbesar di Australia itu bertukar menjadi bandar "paling teruk di dunia" dalam tempoh semalaman dengan cuaca sejuk menyebabkan lebih banyak abu serta debu berterbangan.

Australia menghadapi kebakaran hutan terburuk dalam sejarah negara itu, di mana kebakaran bermula September lalu itu sudah mengorbankan 28 nyawa setakat ini selain memusnahkan lebih 2,500 rumah.

Sumber : Reuters/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan