Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Melaka mahu sekali lagi muncul antara negeri terbaik patuhi PKP

Melaka mahu kekal menjadi antara negeri terbaik dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini yang berkuat kuasa Rabu (13 Jan) hingga 26 Januari.

Anggaran Waktu Membaca:
Melaka mahu sekali lagi muncul antara negeri terbaik patuhi PKP

Bandar Melaka. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 14 Jan 2021 10:59AM Dikemas Kini : 14 Jan 2021 11:01AM

MELAKA: Melaka mahu kekal menjadi antara negeri terbaik dalam pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini yang berkuat kuasa Rabu (13 Jan) hingga 26 Januari.

Ketua Menterinya Sulaiman Md Ali berkata ketika PKP pertama pada tahun lalu, Melaka menjadi antara tiga negeri terbaik di seluruh Malaysia bagi pematuhan SOP PKP dengan kadar lebih 98 peratus.

"Justeru, kali ini saya cukup yakin dan percaya rakyat Melaka juga boleh melakukan perkara yang sama dengan kita terus mematuhi segala peraturan dan SOP yang telah ditetapkan agar akhirnya kita bersama-sama dapat membantu untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual melalui telefon bagi segmen Bicara Ketua Menteri yang disiarkan secara langsung oleh Melakafm hari ini (14 Jan).

Encik Sulaiman berkata walaupun PKP kali ini menyaksikan kerajaan memberi kelonggaran kepada orang ramai dalam beberapa perkara, itu tidak bermakna mereka boleh bertindak sewenang-wenangnya dan mengabaikan SOP yang sudah ditetapkan.

Katanya lagi, antara kelonggaran yang diberikan ialah operasi kedai makan dan gerai penjaja serta proses pembelajaran secara bersemuka bagi pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan