Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Melaka lancar bas percuma 20 Ogos ini

Khidmat bas percuma yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka dalam akan dilancarkan pada 20 Ogos ini di Melaka Sentral

Anggaran Waktu Membaca:
Melaka lancar bas percuma 20 Ogos ini

(Gambar fail: ExpressBusMalaysia.com)

Diterbitkan : 08 Aug 2018 10:25PM Dikemas Kini : 08 Aug 2018 10:27PM

MELAKA: Khidmat bas percuma yang dijanjikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Melaka dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, akan dilancarkan pada 20 Ogos ini di Melaka Sentral, menurut satu laporan Bernama.

Majlis Eksekutif Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam Melaka, Mohd Sofi Abd Wahab berkata khidmat bas percuma itu akan melibatkan laluan Melaka Sentral-Hospital Melaka-Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC); dan Melaka Sentral-Pasar Transit Melaka.

Beliau berkata bahawa perjalanan bas dua hala yang melibatkan jarak keseluruhan sekitar 13 kilometer itu akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang dan dikendalikan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Panorama Melaka Sdn Bhd dengan kos sekitar RM1.3 juta (S$435,380), setahun.

“Tiga bas (yang terlibat dalam laluan) itu akan menggunakan gas asli untuk kenderaan (NGV) bertepatan dengan status Melaka sebagai negeri yang melaksana teknologi hijau sebagai dasar pertumbuhan dan perkembangannya.

“Kekerapan bas (tiba) di satu-satu hentian pula adalah kira-kira 45 minit bergantung kepada keadaan aliran trafik di kawasan sekitar," kata beliau semasa satu sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh di Melaka, hari ini (8 Ogos), lapor Bernama.

Encik Mohd Sofi berkata bahawa Ketua Menteri Adly Zahari dijadual melancarkan khidmat bas percuma itu dan ia merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat, terutama masyarakat luar bandar di samping menggalak penggunaan pengangkutan awam.

Menurut Bernama, jumlah keseluruhan bas henti-henti yang beroperasi di negeri itu adalah sebanyak 26 buah pada masa ini, berbanding 17 buah sebelum itu.

"Kita telah mengadakan perjanjian dengan tiga buah syarikat yang membekalkan bas dan mereka telah bersetuju untuk membekalkan jumlah bas seperti diminta. Oleh itu, kita menyasarkan sebelum atau pada 31 Ogos depan jumlah bas yang akan beroperasi adalah 40," kata beliau lagi.

Sumber : Bernama/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan