Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

MB Kedah mohon maaf kepada Sultan Johor

Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, hari ini (24 Mei) mengutuskan surat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi memohon ampun di atas kekhilafan beliau kerana tidak bersalaman dengan baginda di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, semalam (23 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
MB Kedah mohon maaf kepada Sultan Johor

Mukhriz Mahathir. (Gambar fail: Bernama)

Diterbitkan : 24 May 2019 08:14PM Dikemas Kini : 24 May 2019 08:22PM

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir, hari ini (24 Mei) mengutuskan surat kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bagi memohon ampun di atas kekhilafan beliau kerana tidak bersalaman dengan beliau di Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang, semalam (23 Mei).

Dalam satu kenyataan, Encik Mukhriz menyatakan bahawa beliau sudahpun menyembah maklum kepada Sultan Johor bahawa kekhilafan tersebut adalah kerana kealpaan beliau sendiri.

“Kekhilafan itu juga tidak menggambarkan sifat sopan santun rakyat Kedah,” katanya.

Hari ini (24 Mei) tular di laman sosial satu video berdurasi 14 saat yang memaparkan kejadian Encik Mukhriz didakwa enggan bersalaman dengan Sultan Johor dan anaknya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail ketika Istiadat Pemakaman Sultan Pahang kelima, Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah, di Pekan semalam (23 Mei).

Dalam video berkenaan, beliau dilihat hanya mengangkat tangan ketika tiba gilirannya bersalaman dengan Sultan Ibrahim sebelum kemudiannya terus bersalaman dengan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tindakan Encik Mukhriz tersebut mengundang pelbagai kritikan dan perbalahan pendapat daripada rakyat selain menerima desakan daripada pelbagai pihak supaya beliau meminta maaf kepada Sultan Johor.

Sumber : Bernama/SU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan