Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayon terus aktif, abu menjulang hingga 5km

Gunung berapi paling aktif di Filipina, Gunung Mayon sekali lagi memuntahkan lahar dan abu tebal, memaksa lebih 61,000 penduduk dipindahkan hari ini (24 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2018 06:03PM Dikemas Kini : 24 Jan 2018 08:56PM

MANILA: Gunung berapi paling aktif di Filipina, Gunung Mayon sekali lagi memuntahkan lahar dan abu tebal, memaksa lebih 61,000 penduduk dipindahkan hari ini (24 Jan).

Demikian menurut agensi bencana negara itu, sedang abu Gunung Mayon menjulang hingga lima kilometer ke udara.

Tahap amaran dikekalkan satu paras di bawah paras paling tinggi, iaitu lima.

Ini setelah lebih banyak lahar naik ke kawah gunung dalam tempoh 19 jam sejak pagi Selasa (23 Jan), menurut pakar gunung berapi negara itu.

Keadaan lahar setinggi 500 hingga 600 meter itu berlarutan antara tujuh minit dengan lebih sejam serta mengeluarkan asap menjulang setinggi tiga hingga lima kilometer ke udara, menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi (Phivolcs).

Sekolah-sekolah ditutup di 17 bandar dan wilayah di Albay serta wilayah berdekatan di Camarines Sur, yang juga terjejas oleh debu.

Sekitar 56 penerbangan juga dibatalkan.

Terdapat 55,068 penduduk ditempatkan di pusat-pusat perlindungan sementara, jauh lebih ramai berbanding 40,000 pada Isnin (22 Jan).

Sekitar 6,165 penduduk pula berada di tempat lain.

Jumlah mereka yang terpaksa berpindah meningkat setelah pemerintah meluaskan zon bahaya di sekitar kawah kepada sembilan kilometer daripada zon lapan kilometer yang disarankan oleh Phivolcs..

Gunung Mayon dengan ketinggian 2,462 meter antara gunung berapi aktif di Filipina yang terkenal dengan keindahannya. Dalam tempoh 400 tahun, ia telah meletus sebanyak 51 kali.

Letusan terbaru ini bermula pada 13 Januari, menjejas 54 kampung di Albay dan 71,373 penduduk. 

Sumber : Reuters/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan