Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat warga emas ditemui dengan tangan diikat, kepala ditutup

 Mayat wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangannya diikat di kediamannya di Pangsapuri PKNS, Kampung Tasik Tambahan Ampang, Ampang, di Kuala Lumpur, pada Khamis (19 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat warga emas ditemui dengan tangan diikat, kepala ditutup

(Gambar hiasan: BERNAMA)

Diterbitkan : 20 Sep 2019 12:24PM Dikemas Kini : 20 Sep 2019 12:28PM

KUALA LUMPUR: Mayat wanita warga emas ditemui mati dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangannya diikat di kediamannya di Pangsapuri PKNS, Kampung Tasik Tambahan Ampang, Ampang, di Kuala Lumpur, pada Khamis (19 Sep).

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Noor Azmi Yusoff berkata mayat wanita berusia 85 tahun yang kepalanya turut ditutup dengan kain ditemui anaknya di dalam bilik tidurnya ketika pulang dari tempat kerja pada kira-kira jam 5.30 petang.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan mayat dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan