Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat warga asing dalam longkang dipercayai mangsa langgar lari

Mayat lelaki yang ditemukan orang awam di dalam sebuah longkang di Jalan Tampoi Lama pada Selasa (12 Jan), dipercayai mangsa langgar lari.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat warga asing dalam longkang dipercayai mangsa langgar lari

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Jan 2021 07:21PM Dikemas Kini : 13 Jan 2021 07:24PM

JOHOR BAHRU: Mayat lelaki yang ditemukan orang awam di dalam sebuah longkang di Jalan Tampoi Lama pada Selasa (12 Jan), dipercayai mangsa langgar lari.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Mohd Padzli Mohd Zain berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) JBS menerima maklumat mengenai penemuan mayat berkenaan iaitu lelaki warga asing pada pukul 10.20 pagi.

Katanya, hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan pejalan kaki yang dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis dengan nombor pendaftaran yang tidak diketahui dalam satu kejadian kira-kira pukul 9.00 pagi hari sama.

“Dipercayai ketika mangsa berjalan kaki di sebelah kiri bahu jalan, mangsa telah dilanggar oleh sebuah kenderaan lalu tercampak ke dalam longkang.

“Mangsa didapati cedera parah pada bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini (13 Jan).
ACP Mohd Padzli berkata pihaknya dalam usaha mengesan saksi bebas dan orang ramai yang mengetahui kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Kelly Lee Ya Yek di talian 07-2237977 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan