Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat wanita S'pura yang hilang ketika berkayak dibawa pulang ke S'pura hari ini

Mayat mendiang Cik Puah Geok Tin, 57 tahun, wanita warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika berkayak di Mersing, Khamis lepas, akan dibawa pulang oleh keluarganya ke Singapura hari ini (16 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat wanita S'pura yang hilang ketika berkayak dibawa pulang ke S'pura hari ini

(Gambar: Loi Kar Yee/ 8World News)

Diterbitkan : 16 Aug 2019 01:54PM Dikemas Kini : 16 Aug 2019 02:00PM

CHUKAI: Mayat mendiang Cik Puah Geok Tin, 57 tahun, wanita warga Singapura yang dilaporkan hilang ketika berkayak di Mersing, Khamis lepas, akan dibawa pulang oleh keluarganya ke Singapura hari ini (16 Ogos).

Anak bongsu mendiang, Encik Louis Pang, 24 tahun, berkata mayat mendiang sudah melalui proses bedah siasat pasukan forensik Hospital Kemaman kira-kira pukul 12.00 tengah hari semalam, dan selesai pada pukul 3.30 petang.

"Saya dan keluarga mungkin akan bawa pulang mayat ibu (mendiang) awal pagi esok untuk mengelak perjalanan malam yang kurang selamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Kemaman semalam.

Katanya masih terdapat beberapa proses dokumentasi yang perlu disiapkan sebelum mayat mendiang boleh dibawa balik ke negara asal.

Encik Pang turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Ehwal Luar dan juga agensi-agensi terlibat dalam operasi mencari mendiang ibunya.

Khamis lepas, Cik Puah, 57 tahun, dan Encik Tan Eng Soon, 62 tahun, kedua-duanya warga Singapura, dilaporkan hilang pada kira-kira pukul 5.40 petang, selepas kayak dinaiki mereka terpisah daripada 13 lagi rakan di antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang, Mersing, berikutan laut bergelora dan angin kuat.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan