Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat terakhir tragedi bot Phuket ditemui

Thailand menemukan mayat terakhir menyusuli kemalangan bot yang mengorbankan berpuluh-puluh pelancong China bulan ini, di pulau peranginan Phuket.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat terakhir tragedi bot Phuket ditemui

Misi mencari mangsa-mangsa tragedi bot karam di Phuket pada Julai 2018 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Jul 2018 04:51PM Dikemas Kini : 17 Jul 2018 04:57PM

PHUKET: Thailand menemukan mayat terakhir menyusuli kemalangan bot yang mengorbankan berpuluh-puluh pelancong China bulan ini, di pulau peranginan Phuket.

Bot 'The Phoenix' yang membawa seramai 105 penumpang, kebanyakannya rakyat China, karam semasa dalam perjalanan pulang dari sebuah kawasan snorkel popular, pada 5 Julai.

Para penyelam dan anggota angkatan tentera laut Thailand mengambil masa lebih seminggu mengeluarkan mayat-mayat, sebahagian daripadanya masih berada dalam bot yang tenggelam itu sementara kaum keluarga mangsa menantikan berita.

Jabatan perhubungan awam Phuket menyatakan dalam satu kenyataan lewat minggu lalu (15 Jul) bahawa "mayat terakhir daripada kemalangan bot Phoenix" dijumpai pada malam itu.

"Kesemua penumpang yang hilang sudah ditemui," tambah kenyataan tersebut yang meletakkan angka terakhir kematian pada 47.

Bot berkenaan adalah di antara tiga bot yang tidak mengendahkan amaran mengenai cuaca buruk di sekitar Phuket.

Kemalangan tersebut adalah antara yang terburuk dalam sejarah Thailand yang mempunyai rekod keselamatan yang buruk, meskipun ia amat bergantung kepada industri pelancongan.

Pihak media Thailand melaporkan bahawa Phuket mengalami jumlah pembatalan yang besar dari para pelancong China menyusuli kemalangan tersebut.

Sejauh ini, sejumlah 7,300 tempahan bilik hotel Phuket bagi bulan ini dan Ogos dibatalkan dan jumlah itu dijangka bertambah.

Menurut perangkaan kerajaan negara itu, Thailand menerima seramai 35 juta pelancong tahun lalu. Hampir 10 juta pelancong datang dari China. 

Sumber : AFP/HS/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan