Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya

Mayat lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya ditemukan di kolam tadahan air Sahabat 41, pada Jumaat (17 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya

Seekor buaya. (Gambar hiasan: AFP/Lakakruwan Wanniarachchi)

Diterbitkan : 18 May 2019 07:49AM Dikemas Kini : 18 May 2019 07:52AM

LAHAD DATU: Mayat lelaki tanpa kepala dipercayai dibaham buaya ditemukan di kolam tadahan air Sahabat 41, pada Jumaat (17 Mei).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata mayat mangsa ditemui pada 6.15 pagi oleh kumpulan pencari termasuk polis, kira-kira 50 meter dari tempat kejadian dalam keadaan tidak sempurna, kesan luka gigitan di kaki dan peha termasuk hilang tangan kanan dari bahu hingga ke rusuk.

Beliau berkata mangsa dikenali sebagai Encik Stephen Tolok, 30-an tahun berdasarkan pengecaman oleh isteri dan rakannya melalui seluar yang dipakai Encik Stephen.

"Kejadian berlaku pada petang Khamis ketika mangsa bersama rakannya sedang menjala ikan di kolam tadahan Kilang Sahabat 41, Kampung Kembara Sakti.

"Sewaktu mangsa dan rakannya sedang menjala ikan, tiba-tiba kaki mangsa digigit di kaki kanan dan diheret ke dasar kolam, mangsa sempat menjerit minta tolong," katanya dalam satu kenyataan semalam.

ACP Nasri berkata rakan mangsa yang menyaksikan kejadian segera melaporkan kepada pihak pengurusan ladang yang membuat aduan polis.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan