Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat lelaki ditemui terapung di sungai, dipercayai mati 3 hari lalu

Satu mayat lelaki dipercayai warga Indonesia ditemui terapung di tengah Sungai Perak berhampiran Pam Pasir 1, Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri, semalam (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat lelaki ditemui terapung di sungai, dipercayai mati 3 hari lalu

Gambar hiasan. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 12 Mar 2020 10:17AM Dikemas Kini : 12 Mar 2020 10:20AM

PARIT: Satu mayat lelaki dipercayai warga Indonesia ditemui terapung di tengah Sungai Perak berhampiran Pam Pasir 1, Kampung Pulau Pisang, Bota Kiri, semalam (11 Mac).

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso berkata mayat yang dijumpai oleh orang awam kira-kira pukul 7.50 malam itu dikenali sebagai Hosnan berasal dari Tanjung Perak, Indonesia berdasarkan salinan dokumen pengenalan diri di dalam dompet lelaki itu.

"Semasa ditemui lelaki yang dianggarkan berusia lingkungan 20-an tahun itu yang memakai kemeja-T berwarna coklat kekuningan 'Atlanta Monster' serta seluar jean pendek berwarna biru dan berjaya dibawa naik ke darat pukul 10.40 malam tadi dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Seri Iskandar.

“Pemeriksaan ke atas mayat oleh pasukan Forensik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal pada bahagian luar tubuh akibat perlakuan jenayah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Supt Barudin berkata lelaki itu dipercayai meninggal dunia tiga hari lalu dan pihaknya akan mengambil cap jari untuk pemeriksaan lanjut bagi pengesahan identiti.

Katanya, siasatan lanjut akan diteruskan dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sehingga hasil bedah siasat di Hospital Changkat Melintang pagi ini diperolehi kelak. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan