Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat ditemui di kawasan pencarian Nora Anne

Polis mengesahkan satu mayat perempuan ditemui di sekitar kawasan pencarian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat ditemui di kawasan pencarian Nora Anne

Poster pencarian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin yang hilang di Malaysia (Gambar-Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 05:50PM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 05:58PM

SEREMBAN: Polis mengesahkan satu mayat perempuan ditemui di sekitar kawasan pencarian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohamad Mat Yusop, ditukil BH Online sebagai mengatakan, mayat itu ditemui pada jam 1.57 tengah hari kira-kira dua kilometer dari resort penginapan Nora Anne dan keluarganya.

Bagaimanapun, katanya, identiti mayat itu masih belum dikenal pasti.

"Kita menerima maklumat daripada orang awam pada jam 1.57 tengah hari tadi sebelum anggota mencari dan menyelamat dikejarkan ke lokasi itu.

"Mayat perempuan berkulit putih itu ditemui dalam keadaan sempurna," katanya kepada pemberita BH Online di sini hari ini (13 Ogos).

Sementara itu, BH Online melaporkan polis turut menutup laluan ke resort itu dengan memasang garisan kuning sejak jam 2.30 petang tadi bagi menghalang orang luar termasuk media memasuki kawasan berkenaan.

Kelihatan jentera pihak berkuasa termasuk pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta ahli keluarga Nora Anne memasuki kawasan larangan itu.

Nora Anne yang mengalami masalah lembam sebelum ini dilaporkan hilang ketika menginap di resort The Dusun, di Pantai, sebelum pihak berkuasa melancarkan operasi SAR di kawasan berkenaan.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Agensi berita/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan