Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat budak perempuan ditemui dekat ladang kelapa sawit

Mayat dipercayai kanak-kanak perempuan ditemui di kawasan padang ragut di Kampung Tanjung Medan Hilir, Pekan, petang semalam (9 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat budak perempuan ditemui dekat ladang kelapa sawit

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 10 Feb 2019 05:10PM Dikemas Kini : 10 Feb 2019 05:12PM

KUANTAN: Mayat dipercayai kanak-kanak perempuan ditemui di kawasan padang ragut di Kampung Tanjung Medan Hilir, Pekan, petang semalam (9 Feb).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Encik Othman Nanyan berkata mayat yang belum dikenal pasti identitinya ditemui oleh orang awam pada jam 4.25 petang.

"Mayat dijumpai dalam keadaan tertiarap di kawasan semak kira-kira 200 meter dari jalan utama yang agak terlindung daripada pandangan.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini, dan bedah siasat akan dijalankan pada pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian," katanya kepada pemberita, hari ini (10 Feb).

Menurut Encik Othman, siasatan awal polis di kawasan penemuan mayat yang terletak bersebelahan ladang kelapa sawit itu tidak menemukan sebarang senjata.

Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu laporan bedah siasat, katanya.

Dalam pada itu, seorang wanita daripada masyarakat Kemboja percaya mayat tersebut adalah anak perempuannya yang berusia 11 tahun yang dilaporkan hilang pada 30 Jan lalu.

“Ini berdasarkan baju yang dipakai sama dengan baju anak saya semasa dia keluar dari rumah untuk ke kedai,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Tanjung Medan Kemahang yang terletak tidak jauh dari kawasan penemuan mayat.

Menurut Cik Zaleha Abdullah, 35 tahun, beliau membuat aduan polis pada hari yang sama selepas anak ketiganya daripada empat beradik itu gagal pulang ke rumah dan belum ditemui sehingga kini.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan