Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat bekas pembuat roti ditemui selepas lapan tahun di Jerman

Seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia lapan tahun lalu ditemui mayatnya secara tidak sengaja apabila berlaku kebakaran di blok apartmennya.

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat bekas pembuat roti ditemui selepas lapan tahun di Jerman

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 07:52AM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 07:54AM

SENDEN: Seorang lelaki yang dipercayai meninggal dunia lapan tahun lalu ditemui mayatnya secara tidak sengaja apabila berlaku kebakaran di blok apartmennya.

Mendiang Heinz H, dilaporkan berusia 59 tahun dan bangkai anjingnya yang dipercayai mati akibat kebuluran ditemui di dalam sebuah apartmen di Senden, Jerman pada 20 September lalu.

Para anggota bomba telah mengarahkan semua penduduk untuk mengosongkan bangunan selepas berlaku kebakaran, lapor EN24.

Apabila tidak menerima respons daripada rumah mendiang, anggota bomba memecah masuk ke dalam kediamannya.

Siasatan lanjut mendedahkan peti surat mangsa penuh sejak lapan tahun lalu dan keretanya masih berada di kawasan meletak kenderaan di blok apartmen tersebut.

Menurut akhbar Bild, salah seorang jiran mendiang, Angelika Havener memberitahu beliau pernah menghubungi pelbagai pihak berkuasa selepas menghidu bau aneh. Namun, tiada sebarang tindakan susulan diambil.

"Mendiang seorang jiran yang baik. Heinz memberitahu saya dia berhenti menjadi pembuat roti kerana mengalami alahan terhadap debu tepung," kata Cik Havener yang kadang-kala memberi makanan kepada mendiang Heinz.

Sementara itu, seorang lagi jiran menyangka mangsa yang berpisah dengan isterinya itu tinggal bersama rakannya di tempat lain.

Pihak polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan