Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat bayi perempuan dikerumuni lalat ditemui ditepi tasik

Satu beg galas yang ditinggalkan di tepi tasik dan dihurungi lalat yang ditemui seorang pemancing membawa kepada penemuan mayat bayi perempuan di Tasik Seksyen 6, Kota Damansara petang semalam (4 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat bayi perempuan dikerumuni lalat ditemui ditepi tasik

Tasik Seksyen 6, Kota Damansara. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 05 Jan 2018 02:59PM Dikemas Kini : 05 Jan 2018 03:04PM

KUALA LUMPUR: Satu beg galas yang ditinggalkan di tepi tasik dan dihurungi lalat yang ditemui seorang pemancing membawa kepada penemuan mayat bayi perempuan di Tasik Seksyen 6, Kota Damansara petang semalam (4 Jan).

Ketua Polis Daerah Tempatan ACP Mohd Zani Che Din berkata dalam kejadian kira-kira 5.00 petang itu, mayat bayi yang dibungkus dalam beg plastik dan disumbat dalam beg galas itu ditemui seorang warga Indonesia yang kebetulan sedang memancing di situ.

“Dia menemui beg galas berwarna hitam yang ditinggalkan atas rumput di tasik itu dan kemudian membuka beg galas berkenaan sebelum menemui beg plastik yang berisi mayat bayi perempuan,” kata ACP Zani.

ACP Zani berkata pemancing itu segera menghubungi rakannya yang kemudian pergi ke tempat kejadian sebelum bertindak menghubungi pihak polis.

Menurutnya, polis sedang menyiasat sama ada bayi itu baru dilahirkan atau sebaliknya.

“Punca kematian akan ditentukan selepas proses bedah siasat selesai dijalankan,” tambah beliau.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan