Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang ibu 19 tahun

Polis menemui mayat bayi perempuan baru lahir dalam keadaan cukup sifat yang ditanam di satu kawasan di Kampung Limau Manis, Lunas, Kulim, malam Khamis (18 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat bayi perempuan cukup sifat dibuang ibu 19 tahun

(Gambar hiasan: Luma Pimental/Unsplash)

Diterbitkan : 19 Apr 2019 12:10PM Dikemas Kini : 19 Apr 2019 12:17PM

ALOR SETAR: Polis menemui mayat bayi perempuan baru lahir dalam keadaan cukup sifat yang ditanam di satu kawasan di Kampung Limau Manis, Lunas, Kulim, malam Khamis (18 Apr).

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Supt Zailani Mohd Yusof berkata penemuan itu menyusuli siasatan pihak polis terhadap seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang baru bersalin dan menerima rawatan di Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

“Pegawai perubatan yang merawat remaja terbabit memaklumkan kepada pihak polis pada jam 5.50 petang semalam dan pegawai polis dari Balai Polis Bukit Mertajam, Pulau Pinang datang ke hospital untuk menyiasat.

“Hasil siasatan, remaja terbabit memaklumkan dia telah bersalin pada jam 1.45 pagi di asrama kilang tempat kerjanya di Seberang Perai dan mengaku mengandung anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya berusia 19 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini (19 Apr).

Supt Zailani berkata, bayi itu dipercayai sudah tidak bernyawa ketika dilahirkan dan remaja terbabit menghubungi teman lelakinya untuk meminta bantuan.

“Mereka telah membawa mayat bayi itu dengan menaiki motosikal ke Kampung Limau Manis sebelum menanamnya di kedalaman 0.3 meter. Kita sudah berjaya menahan suspek lelaki yang kemudian menunjukkan lokasi mayat itu dibuang.

“Proses menggali mayat dijalankan Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang dan mayat akan dibedah siasat Ahad ini,” katanya.

Beliau berkata, wanita terbabit masih menerima rawatan di hospital sementara teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan