Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mayat bayi ditemui dengan kesan gigitan haiwan

Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan berbalut dengan kain putih ditemui orang awam berhampiran Masjid Muara Mongkos di Sarawak semalam (8 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Mayat bayi ditemui dengan kesan gigitan haiwan

Gambar fail. (Gambar: Scott Olson/AFP)

Diterbitkan : 09 Jan 2019 01:33PM Dikemas Kini : 09 Jan 2019 01:34PM

SERIAN: Mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan berbalut dengan kain putih ditemui orang awam berhampiran Masjid Muara Mongkos di Sarawak semalam (8 Jan).

Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis, berkata sebuah pasukan dihantar ke lokasi kejadian selepas polis menerima panggilan mengenai penemuan bayi itu pada pukul 8.00 pagi.

“Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan gigitan haiwan pada bahagian lengan dan pinggang mayat bayi itu.

“Pihak forensik juga telah dipanggil untuk membantu menjalankan siasatan. Bedah siasat akan dibuat dalam masa terdekat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya hari ini (9 Jan).

Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kematian dengan membuang mayat secara sulit.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan