Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Matahari duduk tepat di atas Kaabah kejadian umum kerana peredaran bumi

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia menyatakan peristiwa matahari berada tepat di atas Kaabah pada 27 dan 28 Mei 2020 merupakan kejadian biasa yang terjadi kerana peredaran bumi yang mengelilingi matahari.

Anggaran Waktu Membaca:
Matahari duduk tepat di atas Kaabah kejadian umum kerana peredaran bumi

Suasana di Makkah 1 Ramadan pada 24 Apr 2020 (Gambar: Reuters/Yasser Bakhsh)

Diterbitkan : 26 May 2020 11:47PM Dikemas Kini : 26 May 2020 11:50PM

JAKARTA: Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia menyatakan peristiwa matahari berada tepat di atas Kaabah pada 27 dan 28 Mei 2020 merupakan kejadian biasa yang terjadi kerana peredaran bumi yang mengelilingi matahari.

"Itu sebetulnya memang kejadian biasa saja kerana memang peredaran bumi mengelilingi matahari sehingga pada tanggal-tanggal tertentu matahari akan berada di atas Kaabah," kata Ketua Bidang Geofisika Potensial dan Tanda Waktu BMKG Hendra Suwarta melalui panggilan telefon kepada ANTARA di Jakarta pada Selasa (26 Mei).

Beliau berkata peristiwa matahari berada tepat di atas Kaabah boleh berlaku sebanyak dua kali dalam satu tahun iaitu yang pertama pada 27-28 Mei dan yang kedua pada 15-16 Julai.

"Kejadiannya itu kalau yang terdekat adalah besok (27 Mei) dan lusa. Jadi setahun (terjadinya) dua kali," ujarnya.

Dalam setiap peristiwa tersebut, tambah Encik Hendra, arah kiblat kemungkinan boleh berubah atau boleh juga tidak berubah. Oleh itu, umat Islam boleh menyemak sendiri arah kiblat ketika fenomena Istiwa' A'zam, iaitu kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah. Mereka boleh boleh melakukan eksperimen menggunakan batang kayu atau tiang secara menegak.

"Besok (27 Mei) pada pukul 16.18 WIB, kita boleh mencuba memerhati bayang-bayang matahari yang dihasilkan objek tegak. Kalau misalnya ada bayangan daripada tiang itu, maka dari bayangan tiang itu sampai ke tiang adalah arah kiblatnya," katanya.

Jika arah kiblat yang ditentukan dari arah bayangan tiang tersebut berbeza dengan arah kiblat di masjid, maka masyarakat, katanya, cukup dengan memiringkan arah sejadah sesuai dengan arah yang ditentukan dari bayangan tersebut.

"Jadi kalau memang ada penyimpangan sedikit, masjidnya, bukan bererti masjidnya harus dirobohkan. Tidak. Hanya sejadah saja dimiringkan mengikut bayangan yang kita lihat besok itu," katanya.

Namun demikian, jika matahari pada pukul 16.18 WIB pada Rabu tidak terlihat sehingga tidak boleh memunculkan bayangan, maka masyarakat Islam boleh menentukan arah kiblat dengan menggunakan aplikasi arah kiblat.

Sementara itu, Encik Hendra menambah peristiwa matahari di atas Kaabah tersebut hanya untuk waktu Indonesia bahagian-bahagian barat dan tengah.

Sedangkan untuk wilayah Indonesia bahagian timur, masyarakat di sana tidak akan dapat melihat peristiwa itu kerana sudah malam.

Menurut laporan BH Online pula fenomena kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah esok, akan berlaku pada jam 5.16 petang di negeri tersebut.

Laporan itu memetik Mufti Melaka, Abdul Halim Tawil, yang berkata fenomena itu menjadi penentu arah kiblat dengan memerhati bayang-bayang matahari yang dihasilkan objek tegak pada tepat jam 5.16 petang Rabu ini.

"Fenomena Istiwa' A'zam berlaku dua kali setahun, iaitu Rabu ini dan 15 Julai depan pada jam 5.28 petang," katanya. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan