Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mat Sabu yakin anak positif ganja tidak hambat kemenangan PH dalam PRK

Presiden Amanah Mohamad Sabu menganggap isu penangkapan anaknya tidak akan menjadi hambatan bagi Pakatan Harapan (PH) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Jan nanti.

Anggaran Waktu Membaca:
Mat Sabu yakin anak positif ganja tidak hambat kemenangan PH dalam PRK

Encik Mohamad Sabu.

Diterbitkan : 10 Jan 2019 07:27AM Dikemas Kini : 10 Jan 2019 07:30AM

LIPIS: Presiden Amanah Mohamad Sabu menganggap isu penangkapan anaknya tidak akan menjadi hambatan bagi Pakatan Harapan (PH) meraih kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands pada 26 Jan nanti.

Menurutnya, tidak ada masalah buat jentera PH dalam usaha memenangi hati pengundi, terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai yang disandang oleh Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail.

“Tidak ada masalah, itu kita serah kepada undang-undang. Saya tidak akan melindungi (dia) daripada undang-undang. Saya serah kepada pihak polis.

“Macam anak orang lain juga, tiada yang istimewa. Kami menteri sekarang bukan nak lindungi anak-anak,” katanya.

Encik Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian ketika ditanya sama ada isu penangkapan anaknya yang berusia 31 tahun itu akan menjejas peluang pihaknya dalam kempen PRK Cameron Highlands.

Dalam pada itu, ditanya mengenai keyakinan pengundi di Felda Sungai Koyan akan menyokong PH, beliau yakin kawasan itu akan menyaksikan peratusan tinggi undi berikutan peti undi di kawasan itu mencatat kemenangan tipis iaitu 44 undi.

“Kita akan tumpu dari rumah ke rumah kerana kita yakin isu yang akan mereka (pembangkang) mainkan adalah isu perkauman yang kita tahu banyak yang tak betul,” katanya. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan