Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mat Sabu akan ambil tindakan undang-undang terhadap Khairy Jamaluddin

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Encik Khairy Jamaluddin yang didakwanya masih terus mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu penggunaan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Anggaran Waktu Membaca:
Mat Sabu akan ambil tindakan undang-undang terhadap Khairy Jamaluddin

Menteri Pertahanan Malaysia, Encik Mohamad Sabu. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 07:33AM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 07:36AM

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan Mohamad Sabu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Encik Khairy Jamaluddin yang didakwanya masih terus mengeluarkan kenyataan fitnah berhubung isu penggunaan aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Pertahanan, Amin Shah Iskandar berkata peguam peribadi kepada menteri pertahanan berkenaan akan menghantar notis tuntutan undang-undang kepada Anggota Parlimen Rembau itu dalam waktu terdekat.

"Encik Khairy terus mengeluarkan kenyataan fitnah ini walaupun Kementerian Pertahanan sudah pun menjelaskan mengenai perkara ini dalam satu kenyataan pada 15 Jan 2019,” katanya dalam satu kenyataan semalam (20 Jan).

Semasa di sidang media di Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Brinchang semalam (20 Jan), bekas Ketua Pemuda UMNO itu dilaporkan berkata bahawa menteri pertahanan berkenaan menggunakan jentera ATM ketika berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) sempena PRK Cameron Highlands.

Sebelum ini, Encik Mohamad Sabu menjelaskan gambar yang memaparkan beliau dengan berlatarbelakangkan helikopter merupakan lawatan rasminya ke Kem Slim, Cameron Highlands pada 9 Jan, tiga hari sebelum penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen itu.

Encik Mohamad Sabu yang juga Presiden Amanah menjelaskan bahawa beliau menaiki kereta sendiri ke Cameron Highlands pada hari penamaan calon, 12 Jan lepas.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan