Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masyarakat sejagat tidak lagi bersatu lawan COVID-19, kata Setiausaha Agung PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pandemik COVID-19 telah menyebabkan lebih 100 juta penduduk dunia jatuh miskin.

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat sejagat tidak lagi bersatu lawan COVID-19, kata Setiausaha Agung PBB

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres menyampaikan ucapan di New York pada September. (Gambar: REUTERS)

Diterbitkan : 12 Oct 2021 06:39PM Dikemas Kini : 12 Oct 2021 06:43PM

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan pandemik COVID-19 telah menyebabkan lebih 100 juta penduduk dunia jatuh miskin.

Menurut Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, lebih 4 bilion penduduk juga tiada sokongan sosial, jagaan kesihatan atau pendapatan yang memadai.

Beliau juga berkata, masyarakat sejagat tidak lagi bersatu padu.

Keadaan sedemikian, kata Encik Guterres, paling teruk menjejas para penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan dilanda konflik dan negara-negara miskin.

"Pembahagian vaksin yang tidak sama rata adalah pencabulan moral yang membelenggu dunia dengan jutaan kematian dan melanjutkan lagi kemelesetan ekonomi yang membawa kerugian bertrilion dolar, dan paling menjejas negara-negara miskin.

"Kita perlukan usaha berani untuk bersama-sama menamatkan pandemik ini dan mewujudkan pemulihan sejagat secara mampan dan inklusif," tegas beliau.

Sumber : AFP/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan