Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masyarakat digesa jadi 'busybody' demi elak kes penderaan

Masyarakat terdekat terutama jiran, guru dan saudara-mara wajar bersikap ‘busybody’ atau 'menjaga tepi kain orang' memandangkan kes penderaan kanak-kanak yang berlaku semakin meruncing dan berleluasa.

Anggaran Waktu Membaca:
Masyarakat digesa jadi 'busybody' demi elak kes penderaan

(Gambar hiasan: Marcus Mark Ramos)

Diterbitkan : 24 Feb 2019 08:40PM Dikemas Kini : 24 Feb 2019 08:44PM

KUALA LUMPUR: Masyarakat terdekat terutama jiran, guru dan saudara-mara wajar bersikap ‘busybody’ atau 'menjaga tepi kain orang' memandangkan kes penderaan kanak-kanak yang berlaku semakin meruncing dan berleluasa.

Menyarankan demikian, timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia Hannah Yeoh berkata kebanyakan data yang diterima bagi kes penderaan dilakukan oleh anggota keluarga sendiri atau ibu bapa mangsa. 

"Kanak-kanak tidak tahu untuk melaporkan sendiri apatah lagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke bawah. Jadi masyarakat sekarang perlu "busybody" untuk elakkan penderaan daripada berlaku.

"Banyak kes yang kita pergi, apabila ada kematian, saudara-mara akan cakap terdengar anak menangis. Bermaksud orang terdekat tahu, tapi mereka rasa ‘nothing will happen’ (tiada apa akan berlaku). Jadi kita menggesa orang terdekat seperti jiran, cikgu dan saudara-mara untuk memfailkan aduan," katanya.

Beliau bercakap kepada pihak media selepas satu lawatan ke Beautiful Gate Foundation for the Disabled Kepong, hari ini (24 Feb).

Menurut statistik, sebanyak 864 kes penderaan dilakukan oleh ibu manakala 520 kes dilakukan oleh bapa di Malaysia setakat Jun tahun lalu. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan