Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid terapung bakal dibina di Pulau Besar, Melaka

Malaysia bakal mempunyai satu lagi tarikan pelancongan apabila terbinanya sebuah masjid terapung berbentuk cangkerang di Pulau Besar di Melaka yang dijangka bermula pada awal tahun depan, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Che Sukri Che Mat.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid terapung bakal dibina di Pulau Besar, Melaka

(Gambar: Facebook/Pulau Besar Melaka)

Diterbitkan : 19 Oct 2021 05:58PM Dikemas Kini : 19 Oct 2021 06:11PM

MELAKA: Malaysia bakal mempunyai satu lagi tarikan pelancongan apabila terbinanya sebuah masjid terapung berbentuk cangkerang di Pulau Besar di Melaka yang dijangka bermula pada awal tahun depan, kata Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Che Sukri Che Mat.

Beliau berkata bahawa masjid yang menelan kos RM30 juta (S$9 juta) itu akan menggunakan bahan aluminium dan mampu menampung seramai kira-kira 1,500 jemaah pada satu-satu masa.

Katanya projek tersebut masih dalam proses perbincangan dan pembinaan akan bermula selepas mendapat sejumlah dana daripada Kerajaan Persekutuan Malaysia.

"Reka bentuk masjid yang unik terletak di pulau itu dilihat secara tidak langsung mampu menjadi satu tarikan baru kepada pelancong dan paling penting menyebarkan syiar Islam di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada agensi berita Malaysia selepas majlis pelancaran Tabung Saham Wakaf Pembinaan Masjid Pulau Besar sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Auditorium Masjid Al-Azim di Bukit Palah, pada Selasa (19 Okt).

Pelancaran tabung yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam, turut dihadiri Ketua Menteri Seri Sulaiman Md Ali dan berjaya mengutip sebanyak RM200,000 (S$65,000) pada Selasa (19 Okt), melalui saham wakaf masjid berkenaan.

Sumber : Bernama/RB/ih
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan