Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid Quba boleh menampung 55,000 jemaah selepas kerja-kerja peluasan

Masjid penuh bersejarah, Masjid Quba, akan boleh menampung lebih daripada 55,000 jemaah selepas kerja-kerja peluasan selesai dijalankan, menurut Penguasa Pembangunan Wilayah Madinah (MMDA).

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Quba boleh menampung 55,000 jemaah selepas kerja-kerja peluasan

Masjid Quba (Gambar: Wiki Commons)

Diterbitkan : 19 Aug 2019 11:47PM Dikemas Kini : 19 Aug 2019 11:58PM

MADINAH: Masjid penuh bersejarah, Masjid Quba, akan boleh menampung lebih daripada 55,000 jemaah selepas kerja-kerja peluasan selesai dijalankan, menurut Penguasa Pembangunan Wilayah Madinah (MMDA).

Saudi Gazette melaporkan MMDA sebagai menyatakan bahawa kerja-kerja peluasan ke atas masjid yang pertama dibina dalam sejarah Islam itu, akan bermula tidak lama lagi.

Masjid bersejarah itu dihubungkan dengan Masjid An-Nabawi dengan jalan raya sepanjang empat kilometer. Menurut Saudi Gazette, jalan tersebut, Sunna Road, dianggap sebagai antara jalan raya paling tua di Madinah.

Masjid Quba kerap menjadi tumpuan jemaah yang akan mengunjunginya dan sempat memetik gambar, setelah selesai beribadah di Masjid An-Nabawi.

Masjid Quba dahulu dikelilingi pokok-pokok kurma dan dusun-dusun buah-buahan. Namun menurut Saudi Gazette, kebun-kebun itu digantikan dengan bangunan-bangunan tinggi seiring peredaran masa.

Menurut laman itu lagi, masjid tersebut sentiasa dipenuhi jemaah sepanjang tahun.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan