Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid ini dibina hasil pampasan mangsa tragedi pesawat MH17

Sebuah masjid yang didirikan menggunakan bayaran wang pampasan tragedi MH17 empat tahun lalu, dibuka kepada orang ramai, lapor Astro Awani.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid ini dibina hasil pampasan mangsa tragedi pesawat MH17

Masjid Al-Ghazali di Kuching, Sarawak, didirikan menggunakan bayaran wang pampasan tragedi MH17. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 14 May 2019 05:44PM Dikemas Kini : 14 May 2019 06:17PM

KUCHING: Sebuah masjid yang didirikan menggunakan bayaran wang pampasan tragedi MH17 empat tahun lalu, dibuka kepada orang ramai, lapor Astro Awani.

Masjid Al-Ghazali yang terletak di Jalan Depo, Petra Jaya, Sarawak, cukup memberi makna kepada waris enam sekeluarga yang terkorban.

Pembukaan Masjid Al-Ghazali pada malam Isnin (13 Mei) disempurnakan dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib dan Isyak, dan seterusnya solat Tarawih berjemaah.

Masjid yang berupaya menampung seramai 450 jemaah itu menampilkan reka bentuk Islamik moden yang dilengkapi ruang solat jemaah wanita, tempat wuduk, blok tandas, bilik pejabat dan tempat meletak kenderaan.

Astro Awani melaporkan, pemilihan tarikh pembukaan masjid juga simbolik kerana tragedi itu sendiri berlaku pada 17 Julai 2014, iaitu hari ke-19 umat Islam berpuasa tahun itu.

“Diharapkan wakaf ikhlas ini dapat menjadi dana akhirat arwah sekeluarga. Semoga Allah merahmati keluarga ini,” kata seorang waris terdekat kepada Berita Harian.

Dalam insiden pilu itu, jurutera petroleum, Tambi Jiee, 49 tahun, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46 tahun, bersama empat anak mereka Muhammad Afif, 19 tahun, Muhammad Afzal, 17 tahun, Marsha Azmeena, 15 tahun, dan Muhammad Afruz, 13 tahun, yang berasal dari Sarawak terkorban selepas pesawat MAS yang dinaiki mereka ditembak jatuh di Donestk, timur Ukraine, menurut laporan Astro Awani.

Tragedi itu turut mengorbankan 292 penumpang dan anak kapal lain. 

Sumber : Agensi berita/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan