Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid di KL perkenal ATM beras pertama bantu golongan memerlukan

Sebuah masjid di Kuala Lumpur menggunakan mesin ATM khas untuk mengagihkan beras kepada golongan yang memerlukan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Feb 2019 04:00PM Dikemas Kini : 17 Feb 2019 10:34PM

KUALA LUMPUR: Sebuah masjid di Kuala Lumpur menggunakan mesin ATM khas untuk mengagihkan beras kepada golongan yang memerlukan.

Mereka yang berhak mendapatkan bantuan hanya perlu menyentuhkan kad yang diberi pada sensor mesin berkenaan dan beras sebanyak dua kilogram akan dikeluarkan.

Mesin "ATM beras" di Masjid Al-Akram di Kampung Datuk Keramat itu dikatakan yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Di samping mengeluarkan beras, mesin ATM itu juga boleh menerima derma wang tunai dari orang ramai.

Difahamkan, ATM kira-kira enam kaki tinggi itu berharga lebih RM10,000 (S$3,330) dan banyak digunakan di Indonesia. 

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan