Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid di Jerman dikosongkan setelah terima ancaman bom

Masjid Pusat Cologne di Jerman, yang terbesar di barat bandar itu, dikosongkan pada Selasa (9 Jul) susuli ancaman bom yang dihantar menerusi emel. Ini dilaporkan agensi berita Turki Anadolu yang menukil para pegawai masjid berkenaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid di Jerman dikosongkan setelah terima ancaman bom

Masjid Pusat Cologne di Jerman yang dikendali oleh sebuah kumpulan penaung Turki-Islam iaitu DITIB. (Gambar: Patrik STOLLARZ/AFP)

Diterbitkan : 10 Jul 2019 12:29AM Dikemas Kini : 10 Jul 2019 12:33AM

COLOGNE: Masjid Pusat Cologne di Jerman, yang terbesar di barat bandar itu, dikosongkan pada Selasa (9 Jul) susuli ancaman bom yang dihantar menerusi emel. Ini dilaporkan agensi berita Turki Anadolu yang menukil para pegawai masjid berkenaan.

Polis menyita jalan raya di kawasan Ehrenfeld di bandar itu dan mengosongkan kompleks Masjid Pusat Cologne yang dikendali oleh sebuah kumpulan penaung Turki-Islam iaitu DITIB. Ibu pejabat DITIB turut dikosongkan. 

Jerman menyaksikan perkembangan Islamofobia sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang dicetuskan oleh propaganda parti dan pergerakan pelampau kanan.

Menurut polis, jumlah jenayah kebencian terhadap umat Islam tahun lalu mencatat 813 kes dan ia termasuk penghinaan, surat ugutan, serangan fizikal dan serangan ke atas masjid.

Jerman, negara dengan jumlah penduduk lebih 81 juta orang, mempunyai populasi Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis.

Dalam kalangan hampir 4.7 juta umat Islam di negara itu, tiga juta berasal dari Turki.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan