Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masjid Al-Aqsa dibuka semula; 24 orang diberkas dipercayai terlibat dalam pertempuran

Polis Israel membuka semula Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis selepas menutupnya akibat berlakunya pertempuran antara pasukan keselamatan dengan para penunjuk perasaan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Jul 2018 03:59PM Dikemas Kini : 28 Jul 2018 10:15PM

BAITULMAKDIS: Polis Israel membuka semula Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis selepas menutupnya akibat berlakunya pertempuran antara pasukan keselamatan dengan para penunjuk perasaan.

Awal dari itu, para anggota polis Israel menyerbu masuk pekarangan Masjid Al-Aqsa bagi menahan para remaja yang melontar batu dan mercun ke arah mereka.

Serbuan polis Israel itu membawa kepada penangkapan 24 orang, sementara empat anggota polis Israel dilaporkan cedera.

Puluhan lagi jemaah masjid ketiga paling suci dalam Islam itu turut cedera ringan.

Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkata, tindakan Israel itu akan hanya meningkatkan ketegangan dan memanjangkan konflik antara Israel dengan Palestin.

Mufti Palestin, Mohammad Hussein pula berkata pencerobohan polis Israel itu adalah satu provokasi yang berbahaya.

Serbuan polis Israel itu memaksa Masjid Al-Aqsa ditutup selama sekitar empat jam. 

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan