Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Masjid Agung Baiturahman tadarus guna al-Quran raksasa ini

Pemandangan unik jelas dilihat di Masjid Agung Baiturahman di Banyuwangi, Jawa Timur pada setiap Ramadan.

Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Agung Baiturahman tadarus guna al-Quran raksasa ini

Al-Quran raksasa seberat 400 kilogram hanya digunakan sempena bulan Ramadan sejak 2011. (Gambar-Gambar: YouTube)

Diterbitkan : 14 May 2019 08:37AM Dikemas Kini : 14 May 2019 09:03AM

BANYUWANGI: Pemandangan unik jelas dilihat di Masjid Agung Baiturahman di Banyuwangi, Jawa Timur pada setiap Ramadan.

Ini kerana majlis tadarus di masjid berkenaan menggunakan sebuah al-Quran raksasa berukuran 2 x 1.5 meter dan seberat 400 kilogram, menurut laporan akhbar Liputan6.

Itulah keistimewaan Masjid Agung Baiturahman sejak beberapa tahun lalu.

"Majlis tadarus menggunakan al-Quran gergasi ini telah dilakukan sejak bulan Ramadan tahun 2011.

"Alhamdulillah, ia masih berterusan sehingga ke hari ini," kata Setiausaha Yayasan Masjid Agung Baiturahman, Iwan Azis Siswanto, seperti ditukil oleh Liputan6.

Oleh kerana saiznya yang besar, pembacaan al-Quran gergasi itu dibahagikan kepada tujuh orang pembaca setiap malam.

Selain kumpulan pembaca, dua orang petugas khas bertanggungjawab membuka lembaran al-Quran setiap kali pembaca menghabiskan bacaan.

Encik Iwan menerangkan: "Insyaallah tadarus dengan al-Quran raksasa ini, akan terus kita laksanakan sampai malam 27 Ramadan. Setiap malam, kita membaca dua sampai tiga juz. Sampai malam 27 Ramadan, bisa khatam sampai tiga kali."

Beliau turut berkata, al-Quran gergasi itu berada di Masjid Agung Baiturahman sejak tahun 2011 dan ia hanya dibaca ketika bulan Ramadan.

Ia adalah pemberian daripada H. Abdul Karim, seorang penduduk daerah Genteng yang juga penulis al-Quran tersebut.

Menurut laporan Liputan6, al-Quran tulisan tangan itu mengambil masa lebih enam bulan untuk disiapkan dengan menggunakan pena dan kertas khas dari Jepun.  

Sumber : Agensi berita/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan