Images
  • facebook generic
    (Gambar hiasan: Dado Ruvic/Reuters)

Masalah server punca gangguan besar-besaran Facebook

SAN FRANCISCO: Facebook menyalahkan "perubahan pada konfigurasi server" atas gangguan besar-besaran yang menjejas aplikasi-aplikasinya di seluruh dunia.

Gangguan tersebut menjejas sesetengah pengguna sehingga 12 jam, dengan pengguna Amerika Utara dan Eropah paling ramai terjejas, menurut laman downdetector.com.

Selepas maklum mengenai masalah tersebut pada Rabu (13 Mac), Facebook mendiamkan diri selama 24 jam sebelum akhirnya mengeluarkan permohonan maaf pada Khamis (14 Mac).

"Kami sudahpun menghuraikan isu-isu tersebut dan sistem kami sedang dalam proses pemulihan. Kami mohon maaf atas gangguan itu dan kami menghargai kesabaran anda semua."

Gangguan berkenaan dipercayai adalah yang paling buruk pernah berlaku pada gergasi internet itu, yang mempunyai kira-kira 2.7 bilion pengguna.

- AFP/SM/sm

Top