Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Masa depan Catalonia masih jadi tanda tanya

Masa depan wilayah Catalonia dalam Sepanyol terus menjadi tanda tanya apabila para pengundi memberi semula mandat kepada para pemimpin pemisah, meskipun mereka berkempen dari luar negeri.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Dec 2017 06:20PM Dikemas Kini : 22 Dec 2017 09:47PM

SEPANYOL: Masa depan wilayah Catalonia dalam Sepanyol terus menjadi tanda tanya apabila para pengundi memberi semula mandat kepada para pemimpin pemisah, meskipun mereka berkempen dari luar negeri.

Pemerintah Sepanyol pimpinan Perdana Menteri, Mariano Rajoy mengadakan pilihan raya umum di Catalonia setelah melucutkan kuasa autonominya berikutan hasil pungutan suara wilayah itu dua bulan lalu yang mahu berpisah dari Sepanyol.

Seramai 83 peratus pengundi menggunakan hak mereka untuk memilih anggota-anggota parlimen tempatan.

Tiga parti yang menyokong kemerdekaan dari Sepanyol meraih kemenangan mutlak, menguasai 70 daripada 135 kerusi parlimen Catalonia.

Sebaliknya parti PM Rajoy hanya menang tiga kerusi berbanding 11 dalam parlimen lama.

Bercakap dari Belgium, pemimpin pihak pemisah Catalonia, Encik Carles Puigdemont berkata keputusan itu merupakan satu tamparan kepada PM Rajoy.

Belum dapat dipastikan sama ada Encik Puigdemont akan dilantik semula sebagai pemimpin Catalonia kerana beliau akan ditangkap jika kembali ke Sepanyol.

Sumber : Agensi berita/MU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan