Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Markas diserang, 14 anggota pengaman PBB di Congo terbunuh

Sekurang-kurangnya 14 anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Congo terbunuh apabila pangkalan mereka diserang oleh pemberontak Allied Democratic Forces (ADF).

Anggaran Waktu Membaca:
Markas diserang, 14 anggota pengaman PBB di Congo terbunuh

Gambar fail seorang warga Congo berbual dengan seorang anggota pengaman PBB. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 09 Dec 2017 01:26PM Dikemas Kini : 09 Dec 2017 01:34PM

GOMA: Sekurang-kurangnya 14 anggota pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Congo terbunuh apabila pangkalan mereka diserang oleh pemberontak Allied Democratic Forces (ADF).

53 lagi cedera manakala lima tentera Congo juga maut dalam serbuan itu. Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres semalam (8 Dis), menyifatkan serangan itu sebagai yang paling buruk dalam sejarah sekarang.

Encik Guterres berkata serangan yang dilakukan di timur Republik Demokratik Congo merupakan satu jenayah perang dan menggesa pihak berkuasa Congo supaya menyiasat insiden itu dan "segera membawa pesalah ke muka pengadilan".

"Saya ingin menyatakan kemarahan terhadap serangan malam tadi," kata Encik Guterres di ibu pejabat PBB di New York.

Tiga lagi anggota pengaman PBB masih hilang dalam pertempuran tiga jam yang berlaku pada Khamis (7 Dis) malam, kata Encik Ian Sinclair, pengarah Pusat Operasi dan Krisis PBB.

Militan ADF disyaki melancarkan serangan di pangkalan misi pasukan pengaman PBB di Congo (MONUSCO) di bandar Semuliki.

Kumpulan pemberontak dari Uganda itu sudah wujud di kawasan ini sejak 1990. MONUSCO menyatakan ia sedang menyelaraskan tindak balas bersama tentera Congo. Ia juga memindahkan mangsa yang cedera dari pangkalan di wilayah Beni Utara Kivu. 

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan