Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mantan Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan, meninggal dunia

Mantan Setiausaha Agung ASEAN yang juga mantan Menteri Luar Thailand, Allahyarham Surin Pitsuwan, meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini (30 Nov), lapor agensi berita Bangkok Post. Allahyarham berusia 68 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Mantan Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan, meninggal dunia

Mantan Setiausaha Agung ASEAN Allahyarham Surin Pitsuwan. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Nov 2017 06:42PM Dikemas Kini : 30 Nov 2017 06:48PM

BANGKOK: Mantan Setiausaha Agung ASEAN yang juga mantan Menteri Luar Thailand, Allahyarham Surin Pitsuwan, meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini (30 Nov), lapor agensi berita Bangkok Post. Allahyarham berusia 68 tahun.

Allahyarham Surin jatuh pengsan semasa berucap di acara Perhimpunan Halal Thailand 2017 di Bitec di Bang Na.

Beliau dikejarkan ke Hospital Ramkhamhaeng di mana Allahyarham disahkan meninggal dunia.

Allahyarham Surin dilahirkan pada 28 Oktober 1949 di wilayah Muang, Nakhon Si Thammarat. Allahyarham menamatkan pengajiannya dari Calremont College di California dalam bidang sains politik pada tahn 1972 dan meraih ijazah sarjana daripada Universiti Harvard, menurut laporan Bangkok Post.

Allahyarham mula menceburi arena politik pada 1986 sebagai calon Parti Demokrat dan berjaya memenangi kerusi Parlimen di kampung kelahirannya Nakhon Si Thammarat dalam semua pilihan raya dari 1986 sehingga 2005.

Allahyarham juga pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Luar dari 1992 sehingga 1995 sebelum menjadi Menteri Luar pada 1997 sehingga 2001 di bawah kepimpinan Chuan Leekpai.

Allahyarham juga merupakan warga Thai yang pertama untuk menjadi Setiausaha Agung ASEAN di mana beliau berpangkalan di Jakarta pada 2008 buat tempoh lima tahun sebelum menyertai kembali parti Demokrat.

Seorang bekas penulis pojok akhbar Bangkok Post, Allahyarham juga memberikan ceramah semasa Forum Bangkok Post pada 16 November lalu. Allahyarham dijangka untuk menjadi calon gabenor Bangkok apabila pilihan raya dilangsungkan, menurut laman berita Bangkok Post.

Solat jenazah untuk negarawan Thailand itu akan berlangsung di Masjid Tha It, wilayah Pak Kret di Nonthaburi, esok (1 Dis).  

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan